Tudiaaaa , melting CikWeen tiap kali tengok gambar Cream Puff ni . Baru gambar , belum lagi kalau betul betul dah ada depan mata kan ? :) . Untuk sedia maklum ataupun yang baru nak berjinak jinak dengan dunia Cream Puff , dessert ini memang leceh dari segi pembuatannya untuk mendapatkan tesktur yang lembut .
CikWeen ingat lagi mula mula belajar buat Cream Puff . Ya Allah , bukan main lembut lagi creampuff nya tapi cream kastard tu pula yang tak menjadi :) Tapi itu lah Experience is the Best Teacher , right ? Alhamdulillah dah menjadi dah Cream Puff yang CikWeen buat :)
Kita mula sesi pembelajaran kita ye anak anak :)
Bahan2 untuk krim kastard:
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan gula castor
4 biji kuning telur
3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen
secubit garam
30gm butter
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan gula castor
4 biji kuning telur
3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen
secubit garam
30gm butter
Masukkan tepung , gula, kuning telur & 1 cawan susu dan kacau sebati.
Masukkan baki susu tadi dan kacau hingga tidak berketul.
Masukkan baki susu tadi dan kacau hingga tidak berketul.
Panaskan adunan tadi atas api sederhana & sentisa kacau . Jangan dok sibuk main phone pulak ye ! :)
Sentiasa kacau supaya bawah tak hangit dan berketul .
Kacau sampai jadi likat dan pekat mcm ni . Tengok molek molek :) Tadaaa ni rupa krim yang siap dimasak yeayyy ehh belum siap lagi ye :) .
Masukkan butter dan gaul sebati & rata. Lakukan semasa krim masih panas. Nanti butter tu akan cair dalam adunan krim tu.
Ni non dairy whipping cream yg saya guna or ada yang panggil fresh cream . Jangan tersilap dengan yang anchor tu ye . Ni ade jenama lain mcm top pride, vivo mauri dan lain lain .
Putar krim hingga kental macam ni
Masukkan krim kastard yg kte da sejukkan dlm peti ais semalaman . Then putar krim kastard bersama whipped cream tadi hingga sebati .
Ni la rupa krim yg dah sebati. Masukkan dlm peti sejuk
Bahan Puff Pastry:
3/4 cawan air
170 gm tepung gandum (ayakkan)
4 biji telur gred A
1/4 sudu teh garam
Cara2:
1. Panaskan oven 250 celcius selama 20 minit. Kena pastikan oven betul2 panas sbb klu tak cukup panas nanti puff tak naik gebu.
2. Satukan butter, air & garam dalam periuk.
3. Panaskan atas dapur hingga mendidih. Bila dah mendidih tutup api.
4. Dengan segera tuangkan tepung yang diayak.
5. Kacau dgn senduk kayu hingga jadi doh yang lembut.
6. Panaskan semula atas api yg sederhana & terus kacau hingga dasar periuk terbentuk kepingan2 nipis.
7. Tutup api. Masukkan adunan dalam mixer bowl ( kalau takde mixer pun boleh pakai hand whisk tp nnt tgn jd sado hihihi )
8. Pukul telur hingga rata (pakai garfu je) & tuangkn sedikit demi sedikit hingga adunan sebati. (part ni agak tricky . kalau agak2 adunan tu mcm pekat sangat then tambahkan sikit lagi telur .pukul 1 biji telur tapi bukan masukkan sebiji terus,,masukkan sikit sikit . Tengok adunan tu ok ke tak sebab kalau adunan lembik sangat nanti susah nk pipe ) . Bila ingat balik , kawan CikWeen sampai meletup plastik pipe tu hahaha .
9. Pipekan adunan tinggi2 ( dalam 4 /5 kali pusing - CikWeen guna nozzle no 35)
10.Bakar suhu 225 celcius dlm 10 minit api atas bwh. Dalam 10 min terakhir turunkan suhu ke 175 celcius dan pasang kipas supaya puff kte naik gebu. Fungsi kipas nk bg puff tu naik cantik. Dalam 5 minit terakhir tengok dari luar oven tu kalau agak2 puff tu dah warna coklat2 gelap sket blh turunkan suhu sbb takut atas dia hangus..
11. Jangan terus keluarkan puff dari oven. Biarkan dlm 2 - 5 min dlm oven sbb tak nak nanti puff turun bila kita keluarkan terus lepas bakar sbb perubahan suhu yg mendadak.
12. Sejukkan puff sebelum diisikan krim
13. Sedap dimakan semasa krim sejuk2 mcm mkn aiskrim vanila.
* Tips penting : JANGAN buka oven semasa pembakaran ! Nanti puff turun CikWeen taktau ye hehe . Buat creampuff ni tahap kesabaran kena tinggi..takkan lari puff dikejar hihi SELAMAT MENCUBA UOLLS muahh :)










No comments:
Post a Comment